top of page
image.jpg

ANDY WARHOL

PERGERAKAN SENI POP 
 
Portfolio
  • Black Instagram Icon
Instagram

Seni Pop:

Andy Warhol:

Contoh Karya Andy Warhol:

Gold Marilyn Monroe (1962)

Campbell's Soup Cans (1962)

Karya yang dipilih untuk dibuat gubahan:

Analisis Formal

Gubahan karya daripada saya:

Analisis Formal

Triple Elvis (1963)

Orange Prince (1984)

self-portrait.jpg

Self-Portrait (1986)

Coca-Cola (1962)

Short Marilyns (1964)

Tajuk: Shot Sage Blue Marilyn (1964)
Media: Silkscreen Painting
Saiz: 40 inci


 

Pergerakan seni pop telah muncul pada tahun 1950-an dan berkembang pesat pada tahun 1960-an di Amerika Syarikat dan Britain yang diinspirasikan oleh budaya komersial dan popular. Seni pop ini juga ditakrifkan sebagai tindak balas terhadap nilai-nilai komoditi era selepas perang. Antara objek yang biasa digunakan dalam seni pop ini seperti jalur komik, tin sup, papan tanda jalan dan banyak lagi. Tambahan pula, seni pop ini merupakan pergerakan seni yang menarik, berwarna-warni dan berbeza dengan gaya ekspresionisme abstrak yang mendahuluinya. Artis pop juga mengambil ilham daripada filem, komik, pengiklanan, pembungkusan produk, dan reka bentuk komersial. Andy Warhol, James Rosenquist, dan Ed Ruscha telah memulakan kerjaya mereka dengan menjadi pelukis papan iklan yang berlatarbelakangkan dunia seni komersial sehingga melatih mereka dalam visual budaya massa serta teknik untuk menggabungkan alam seni tinggi dan budaya popular. Teknik yang digunakan dalam seni pop ini ialah teknik cetakan ataupun "silkscreen printing" untuk menggabungkan pelbagai warna dalam satu karya pop.  

Andy Warhol ataupun lebih dikenali sebagai Andrew Warhola yang merupakan seorang artis terkenal yang menghasilkan karya Pop Art. Warhol dilahirkan pada 6 Ogos 1928 di Pittsburgh, Pennsylvania. Beliau juga merupakan seorang pengarah filem dan penerbit Amerika yang terkemuka dalam pergerakan seni pop. Ibunya pula merupakan seorang pelukis amatur dan sentiasa menyokong kekreatifan anaknya dengan membelikan kamera pertama Warhol ketika dia berusia 9 tahun. Bapanya telah meninggal dunia ketika Warhol berusia 14 tahun.
 
Walaubagaimanapun, Andy Warhol juga telah mengubahsuai nama keluarganya daripada Warhola kepada Warhol pada awal tahun 1950-an dan mula menggunakan pengiklanan serta komik dalam karya seninya pada tahun 1960. Kerja-kerja beliau meneroka hubungan antara ekspresi artistik, pengiklanan, dan budaya selebriti yang berkembang pada tahun 1960-an serta merangkumi pelbagai media termasuk lukisan, penyaringan sutera, fotografi, filem dan arca. Terdapat beberapa karya beliau yang terkenal ialah "Campbell's Soup Cans" dan Marilyn Diptych, filem eksperimen iaitu Empire dan Chelsea Girls, dan acara multimedia yang dikenali sebagai Exploding Plastic Inevitable.  Perwatakan Andy Warhol adalah berambut putih, memakai pakaian bewarna hitam dan menggunakan cermin mata hitam. Kebanyakkan karya yang Warhol hasilkan telah menjadi satu inspirasi kepada artis-artis baharu yang terlibat dalam pergerakan seni pop ini.
Deskripsi:
  • Tema "Shot sage blue Marilyn" ini diilhamkan oleh Warhol setelah kematian artis tersebut kerana overdose ubat ketika berumur 36 tahun pada Ogos 1962.
  • Karya ini menggambarkan wajah Marilyn yang murah dengan senyumannya.
 
Analisis:
  • Andy Warhol menghasilkan karya ini menggunakan media "silkscreen printing".
  • Keseimbangan warna panas dan warna sejuk seperti merah, kuning, biru, dan sage-blue. Contohnya, wajah Monroe berwarna merah muda, bibir merah pekat, rambut kuning, dan "eye shadow" biru pudar, dan latar belakang bewarna sage-blue.
 
Interpretasi:
  • Perkataan "Shot" yang diambil daripada salah seorang pengunjung studio yang bernama Dorothy Podber yang telah  menembak peluru ke arah potret-potret Monroe pada bahagian dahinya.
  • Potret ini digunakan untuk menghebahkan imej Marilyn untuk filem Niagara (1953) yang diterbitkan oleh Henry Hathaway.

Pertimbangan:
  • Karya ini telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai di Amerika dan merupakan karya yang termahal pada abad ke-20.
  • Marilyn merupakan seorang pelakon, model, dan penyanyi yang terkenal di Amerika kerana memiliki rupa paras yang cantik dan sentiasa dikagumi sehingga sekarang. 
     

Tajuk: "Portrait of Bestfriend"
Media: Adobe Photoshop 2021

Deskripsi:

  • Tema bagi karya saya ialah tentang persahabatan dengan pemilihan subjek iaitu kawan saya sendiri.

 

Analisis:

  • Penggunaan warna panas seperti kuning, kuning cerah, “peach colour” dan “sage green” serta warna natural iaitu hitam dan putih.

  • Menitikberatkan penggunaan ton warna iaitu nilai kecerahan setiap warna seperti warna “sage green”, “peach colour” dan kuning cerah.

  • Mengaplikasikan media seperti Adobe Photoshop 2021 dalam karya.

 

Interpretasi:

  • Maksud tersirat yang ingin disampaikan dalam karya “Portrait of Bestfriend” ini adalah menggambarkan sebuah persahabatan yang lama walaupun dalam bilangan yang sedikit.

  • Kawan yang ramai tidak semestinya akan kekal dan kadang-kala bilangan kawan yang sedikit akan mampu bertahan untuk terus bersama.

  • Penekanan mengenai realiti sebuah kehidupan dalam berkawan.

  • Maksud tersurat pula ialah menggambarkan ekspresi kawan saya ketika susah dan senang.

 

Pertimbangan:

  • Karya ini telah menarik minat saya dalam usaha untuk mengekalkan persahabatan saya sendiri.

  • Berdasarkan karya ini juga, saya berharap agar penonton dapat menilai maksud disebalik karya tersebut.

© 2022 by Suriyani binti Sani. Created with Wix.com

bottom of page